Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para pegawai Amerika Syarikat berkata bahawa negara tersebut telah menggantung rancangan mereka untuk menarik keluar tentera mereka dari Syria.
Menurutnya, Pentagon akan mengekalkan sebahagian besar pasukannya di negara Arab tersebut.
Para pegawai itu memaklumkan New York Times pada hari Jumaat lepas bahawa Pentagon sebelum ini memikirkan mengecilkan pasukan tempurnya di timur laut Syria pada awal Mei - kepada kira-kira 1,000 askar -. Akan tetapi, mereka kemudiannya menghentikan proses itu.
Tentera A.S, tambah mereka, akan sentiasa menilai situasi di Syria dan akan mengurangkan jumlah pasukan mereka di Syria setiap enam bulan atau lebih (berdasarkan penilaian itu tadi) sehingga tiba ke angka 400. -Press TV
30 Mac 2019 - 18:05
News ID: 935090
Para pegawai Amerika Syarikat berkata bahawa negara tersebut telah menggantung rancangan mereka untuk menarik keluar tentera mereka dari Syria.